6,500 karton rokok, 175 kotak minuman keras dirampas polis di Kuching 0 10573

Kuching: Tiga premis, masing-masing sebuah kedai dan dua rumah kediaman di Kuching diserbu polis semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan arak serta rokok seludup semalam.

Difahamkan, ketiga-tiga premis berkenaan yang terletak di Jalan Stutong; Batu 9 dan Batu 11 Jalan Kuching – Serian turut dijadikan pusat penyimpanan stok arak serta rokok seludup.

Serbuan jam 10 pagi itu dilakukan tiga pegawai dan 16 anggota risik Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Batalion 11 PGA Kuching bersama empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kepada rampasan rokok seludup bernilai RM196,250.

Komander PGA Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan serentak itudibuat selepas pihaknya menjalankan risikan sejak sebulan lalu.

“Dalam serbuan pertama, seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan bersama 175 kotak minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM8,750.

“Selain itu, seorang lelaki berusia 68 tahun ditahan bersama 20 kotak berisi 1,000 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM25,000 dalam serbuan kedua ,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan ketiga, pasukan serbuan merampas 5,500 rokok pelbagai jenama bernilai RM162,500 yang dipercayai rumah itu dijadikan sebagai stor sebelum bekalan diagihkan kepada peniaga sekitar daerah ini namun tiada tangkapan dibuat di premis itu.

“Polis tidak menolak kemungkinan semua barangan seludup yang dirampas dibawa masuk dari negara jiran menggunakan laluan darat dan laut,” katanya.

Tambahnya, polis turut menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada polis untuk memastikan aktiviti ini tidak terus berleluasa. – Aritok

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news