Isteri tikam suami hingga mati kerana terlupa beli ayam goreng 0 6556

CHINA: Gara-gara terlupa membeli ayam goreng, seorang wanita di Anhui, China tergamak membunuh suaminya.

Menurut ibu mangsa, anak lelakinya yang dikenali sebagai Wu pulang ke rumah dengan tangan kosong hingga menyebabkan berlaku pertengkaran bersama isterinya.

Jelas wanita itu, dia sedang mandi dan tidak menyedari tentang pergaduhan itu sehingga terdengar jeritan cucunya.

Dia kemudiannya terkejut selepas melihat anak lelakinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam isterinya dikenali sebagai Luo dengan menggunakan pisau pemotong buah.

Menurut jiran mereka, pasangan itu sering bertengkar sejak akhir-akhir ini dan ia didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati Luo kerana terpaksa menjaga ibu mertuanya. – Agensi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news