Isu nasional faktor BN Sarawak hilang kerusi 0 5616

PETRA JAYA: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memperhalusi secara mendalam bagi mengenal pasti punca sebenar parti berkenaan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

BN Sarawak sekadar meraih 19 kerusi dengan kehilangan enam kerusi kepada pakatan pembangkang, termasuk tewas di dua kerusi masing-masing di Puncak Borneo dan Julau kepada calon BEBAS.

Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, dengan nada sedih berkata, walaupun berdepan tentangan sengit, namun BN masih mampu menguasai 19 kerusi, berbanding 25 kerusi diperoleh pada PRU-13.

“Kami mengakui cukup kecewa dengan keputusan PRU-14 kerana berkeyakinan kami mampu memperagakan keputusan lebih memberangsangkan.

β€œSama ada kalah atau menang, ini adalah proses demokrasi di negara ini. Bagaimanapun, BN Sarawak menunjukkan prestasi agak baik dan kita menang di 19 kerusi,” katanya sebelum meninggalkan perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama, di sini, hari ini.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri, berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajuinya hanya kalah satu kerusi sahaja iaitu di Puncak Borneo tetapi menang 13 kerusi yang disandang pada PRU-13.

β€œSaya tidak menolak kekalahan BN Sarawak berpunca daripada isu nasional hingga mengakibatkan BN hilang enam kerusi,” katanya.

Keseluruhannya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak merekodkan hanya 62 peratus (756,580 pengundi) dari 1,220,960 juta pemilih berdaftar di negeri ini keluar menunaikan hak memilih mereka sehingga pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang.

Pecahan kerusi dimenangi adalah BN menang di 19 kerusi BN; DAP menang enam kerusi dengan mengekalkan kesemua lima kerusi dimenanginya dan menambah satu kerusi di Mas Gading; PKR pula menambah bilangan kerusi kepada tiga di Puncak Borneo, Saratok,Selangau, selain Miri.

Dua calon BEBAS, Larry Sng dan Jugah Muyang, masing-masing di Julau dan Lubok Antu.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news