Isu tulisan jawi: Sarawak sedia sokong jika beri impak positif – Fatimah 0 5775

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak masih ‘kabur’ mengenai matlamat sebenar pengenalan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu yang dijadualkan dilaksana tahun depan.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, beliau kurang pasti maksud Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai perkara berkenaan.

“Saya kurang pasti dengan apa yang dimaksudkan oleh KPM sama ada perkara ini hanya melibatkan tulisan jawi atau kaligrafi dalam subjek Bahasa Melayu.

“Bagaimanapun, kita sedia menyokong jika langkah ini memberi impak yang positif, namun apa yang paling utama bagi saya ialah memastikan kualiti sistem pendidikan negara terus mampan,” jelasnya ketika ditemui media pada sidang akhbar mengenai Pusat Sehenti intervensi Awal di pejabatnya di sini, hari ini.

Fatimah menambah, fokus utama kerajaan dalam memperkasakan kualiti sistem pendidikan negara perlu menyeluruh termasuk melibatkan penyediaan guru-guru berkualiti dan kemudahan prasarana bertaraf maju.

Dalam perkembangan lain pula, ditanya saranan menaikkan elaun Kaunselor daripada RM1,500 kepada RM3,000, Fatimah memberitahu perkara itu perlu dibincangkan dalam kabinet Sarawak.

“Cadangan Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang ini harus dibincang secara terperinci dalam Kabinet kerana sebarang pengurusan membabitkan perbelanjaan memberi implikasi kewangan kepada Negeri,” jelasnya.

Lagipun katanya, perkhidmatan kaunselor juga menerima tuntutan elaun makan, minum, mesyuarat dan lawatan luar kawasan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news