Jabatan Hutan Sarawak sahkan 1,100 balak yang dirampas dalam operasi sebagai kayu berlesen 0 5791

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak hari semalam menafikan dakwaan berhubung kejayaan satu agensi penguat kuasa dalam operasinya merampas 1,100 batang balak curi, selain menyita tiga jentolak, sebuah jengkaut dan tiga lori kerana melakukan aktiviti pembalakan haram

Pemangku Pengarahnya, Hamden Mohammad berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Hutan Bahagian Limbang dan Sarawak Forestry Corporation Limbang pada 23 Februari lalu, kerja-kerja pembalakan itu dilaksanakan oleh pelesen yang sah iaitu Pelita Holdings Sdn Bhd.

“Lokasi kayu tangkapan berada di dalam kawasan ‘Place of Royalty Marking’ yang diluluskan di Bukit Beriwan dan telah diberi kelulusan bagi melaksanakan tebangan melalui ‘Permit to Enter Coupe (PEC)’ yang dikeluarkan pada 16 Oktober 2017 dan sah sehingga 15 Julai 2018.

“Selain itu, kayu-kayu balak ini juga telah ditanda dengan tukul hak milik (MJF) dan didaftar dalam ‘Daily Production Return (DPR)’ dalam sistem REVLOG.

Kayu-kayu tersebut juga katanya, telah ditaksir royalti seperti yang direkodkan dalam sistem REVLOG dan mempunyai tanda tukul royalti (JH 721) di kedua-dua hujung balak rampasan,”jelasnya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Telaga Air, semalam.

Gambar fail

Berdasarkan pengesahan tersebut tegasnya, adalah sah kayu tersebut telah dibayar cukai kepada kerajaan.

Pada masa yang sama tegasnya, nilai rampasan kayu sebanyak RM2.5 juta itu juga adalah tidak benar.

“Segala kenyataan yang diperoleh mengenai tangkapan balak dan jentera hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada pihak kita terlebih dahulu bagi mengelak sebarang kesilapan yang boleh menggugat imej dan reputasi Kerajaan Negeri di dalam dan luar negara dalam usaha membanteras pembalakan haram ini,”katanya lagi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal sebelum ini mengumumkann kejayaan rampasan balak oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak dalam operasi khas dan Op Bersepadu NBOS bersama Sarawak Forestry Corporation dan Jabatan Hutan Sarawak.

Majlis sambutan itu dirasmikan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Negeri, Datu Len Talif Salleh. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news