Jabatan Kesihatan sahkan dua kes wabak Hepatitis A di Asajaya Laut 0 5739

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak hari ini mengesahkan mesej tular di media sosial mengenai surat arahan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan kepada semua klinik di Bahagian Samarahan berhubung berlakunya wabak Hepatitis A, yang berpusat di Kampung Asajaya Laut.

Pengarahnya, Dr Jamilah Hashim berkata, wabak tersebut telah menjangkiti dua penduduk yang menetap di Kampung Asajaya Laut.
“Kedua-dua kes telah mendapatkan rawatan di hospital swasta sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hepatitis A merupakan salah satu penyakit bawaan makanan dan air yang disebabkan oleh virus Hepatitis A.
“Tanda-tanda klinikal wabak ini menyaksikan kebanyakan pesakitnya mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti loya, muntah, letih, cirit-birit, demam, kencing berwarna gelap dan jaundis.

Foto : WNDU

“Cara jangkitan utama ialah melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis yang mengandungi virus Hepatitis A.
Aktiviti pengesanan kes kata Dr Jamilah, secara aktif telah bermula pada 15 Februari lalu hingga kini.
“Bagi tindakan kawalan dan pencegahan Hepatitis A, JKN Sarawak telah dan sedang melaksanakan aktiviti berterusan seperti memantau rapi laporan dari semua klinik dan hospital kerajaan termasuk swasta.
“Kita turut meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan Hepatitis A kepada masyarakat setempat terutamanya berkaitan kepentingan kebersihan diri, kebersihan dalam penyediaan makanan dan minuman (dimasak secara sempurna) serta kebersihan persekitaran.
Ujian kualiti air terawat di kawasan terbabit jelasnya, juga telah dijalankan dan didapati mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“JKN Sarawak dan agensi terlibat kini akan meneruskan langkah-langkah kawalan dalam pemantauan kualiti air terawat yang dibekalkan oleh loji rawatan air.
“Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk memasak air sebelum digunakan walaupun bekalan air di rumah telah ditapis.
JKN Sarawak tambahnya lagi, amat mengharapkan semua penduduk setempat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anggota kesihatan yang akan menjalankan aktiviti pengesanan tersebut nanti.
“Sekiranya terdapat kemusykilan, bolehlah menghubungi PKB Samarahan di talian 082-673626.
“Pada masa yang sama, JKN Sarawak juga menasihati mana-mana individu yang mengalami tanda-tanda klinikal penyakit Hepatitis A seperti hilang selera makan, keletihan, sakit perut, loya, muntah, demam, cirit-birit, air kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat dan jaundis supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.
Pengesanan dan rawatan awal tambahnya, dapat mencegah komplikasi penyakit dan menyelamatkan nyawa. –Sarawakvoice
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news