
MUKAH: Jalan Kampung Tanam-Medong di Dalat sepanjang 8.3 kilometer dijangka siap sepenuhnya pada 12 November tahun ini.
Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, pembinaan jalan berkenaan mencerminkan keseriusan kerajaan negeri membangunkan infrastruktur serta kemudahan di kawasan luar bandar terutamanya jalan raya.
“Ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan negeri memperkukuhkan jaringan perhubungan di kawasan luar bandar,” katanya ketika melawat ke tapak pembinaan jalan berkenaan, dekat sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluargadan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.Julaihi berkata, kerajaan sedar akan kepentingan dan akan terus menyediakankemudahan seumpama demi pembangunan sosio-ekonomi penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan pesisir pantai.
Bagaimanapun, rakyat diharap akan terusbersabar dengan segala perancangan serta perlaksanaan projek-projek seperti itu.Sementara itu, Fatimah berterima kasih ke atas kementerian terbabit dan juga kerajaan negeri kerana memenuhi aspirasi ramai penduduk di kawasan dimaksudkan.”
“Dengan siapnya pembinaan jalan ini sedikit masa nanti, ramai penduduk yang akan dapat menfaat daripadanya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu.
Jalan berkenaan yang dibina dengan kos RM 32.8 juta, dimulakan pada 2014 namun tertangguh kerana isu melibatkan jambatan.Bagaimanapun, ia diatasi dengan strukturpembinaan jambatan baharu yang membolehkan penduduk melewati bahagian bawah jambatan untuk mengangkut pokok sagu yang ditebang (balau). – Utusan Borneo Online