FAM doakan kesihatan Chong Wei 0 5979

PETALING JAYA: Perkhabaran tentang kesihatan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang disahkan mengalami kanser hidung turut mendapat simpati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selepas mengetahui penyakit dialami Chong Wei itu, beliau sendiri terus menghubungi Presiden Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kesihatan bekas pemain nombor satu dunia itu.

Selasa, 25 September 2018 | 2:46pm

DATUK Lee Chong Wei. – Foto NSTP

FAM doakan kesihatan Chong Wei

PETALING JAYA: Perkhabaran tentang kesihatan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang disahkan mengalami kanser hidung turut mendapat simpati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selepas mengetahui penyakit dialami Chong Wei itu, beliau sendiri terus menghubungi Presiden Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kesihatan bekas pemain nombor satu dunia itu.

Katanya, seluruh warga sukan khususnya bola sepak turut merasai kesedihan dan beliau berharap agar Chong Wei tabah menghadapi dugaan ini.

“Apabila dapat tahu mengenai Datuk Lee Chong Wei, saya terus menghubungi Presiden BAM, Datuk Norza dan menyatakan rasa (sedih) terhadap berita itu. Kita tahu Chong Wei adalah ‘legend’ negara.

“Dia sudah menyumbangkan begitu banyak jasa kepada negara. Kalau kita tahu macam mana cara latihannya dari awal mula dia naik, banyak pengorbanan dari segi masa dan usianya untuk jadi pemain terbaik dunia serta mengharumkan nama Malaysia.

“Saya berharap rakyat Malaysia juga mendoakan agar Chong Wei akan cepat sembuh,” katanya ketika ditemui pada Seminar Pembangunan Bolasepak Belia ‘The Modern Trends In Youth Development’ anjuran Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), di sini, hari ini.

Perkembangan Chong Wei juga turut menarik perhatian ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee yang mahu semua pihak mendoakan kesihatan ikon badminton Malaysia itu.

“Apa yang mustahak, semua pihak perlu menghormati privasinya dan berharap dia dapat sembuh kembali. Kesihatan dia harus diutamakan dan dalam masa sama saya harap Chong Wei akan kembali sembuh seperti biasa,” kata Kim Swee.

Pada Sabtu lalu, BAM mengesahkan pemain badminton kelahiran Pulau Pinang itu menghidap kanser hidung peringkat awal.

Difahamkan, Chong Wei mengalami masalah pernafasan selepas pulang daripada Kejohanan Siri Jelajah Dunia Terbuka Indonesia yang menyebabkan dirinya terpaksa menarik diri daripada beberapa kejohanan.

Ketika ini, dia sedang menjalani rawatan di Taiwan dan dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh dua minggu lagi. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7783

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5397

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news