Jangan ambil gambar kertas undi, atau terima hukuman — SPR 0 5465

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) semalam menasihatkan kepada semua pengundi khususnya kepada mereka yang layak mengundi secara pos sama ada di dalam negara mahupun di luar negara untuk tidak merakam foto/gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul-sampul berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan menularkannya melalui media sosial atau apa-apa medium komunikasi.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata,larangan ini bertujuan bagi memastikan ketelusan “undi adalah rahsia” dan memastikannya tetap terpelihara dalam PRU Ke-14.

“Larangan ini meliputi semua jenis pengundian termasuklah undi pos yang menerima dokumen pilihan raya sebelum pengundian awal atau biasa.

“Ia juga bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kepentingan awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Tegasnya, mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)

“Apabila disabitkan, seseorang individu itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya sekali.

“Individu terbabit juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima (5) tahun dari sabitan itu, dan jika pada tarikh itu dia telah pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu.

Sehubungan itu katanya, semua pengundi diberi peringatan agar memastikan kerahsiaan undi mereka terpelihara. –Sarawakvoice

Foto : Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 12742

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 7976

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news