“Jangan bawa orang macam Zakir Naik ke negeri ini, saya sokong 100 peratus” – Wan Junaidi 0 6387

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyokong tindakan kerajaan Sarawak menyekat penceramah kontroversi antarabangsa Zakir Naik daripada masuk ke negeri ini.

Jelasnya, meskipun Zakir tidak membuat kesilapan dalam ceramahnya namun ia boleh disalah tafsir sesetengah pihak seperti yang berlaku di Kelantan.

“Saya menyokong tindakan kerajaan Sarawak untuk tidak membenarkan Zakir masuk ke negeri ini, beliau mungkin tidak membuat kesilapan ketika dalam ucapannya (ceramah) tetapi boleh disalah tafsir seperti ucapannya di Kelantan,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui di sini, hari ini.

Malah, beliau memberitahu, sebuah portal atas talian juga memetik ucapan Zakir di Kelantan dan dalam laporan itu terdapat tokok tambah sehingga orang tersalah tafsir tentangnya.

“Jadi dalam keadaan sedemikian saya menerima dan menyokong (tindakan sekatan) kerajaan Sarawak. Jangan bawa orang macam Zakir Naik ke negeri ini, saya sokong 100 peratus.

“Kita tidak mahu orang tersalah tafsir di sini biarlah masalah itu di Semenanjung sahaja jangan berlaku di Sarawak,” tegas Wan Junaidi lagi.

Menurutnya lagi, ia bukan menunjukkan Sarawak marah kepada sesiapa tetapi hanya mahu perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama yang telah lama terjalin di sini sentiasa terpelihara daripada sebarang anasir yang boleh memecahbelahkannya.

“Saya tidak bersetuju Zakir dibawa ke Sarawak jadi dalam keadaan sedemikian bukan kita marah dengan sesiapa tetapi kita tidak mahu perpaduan Sarawak yang dilihat sebagai model ini tergugat oleh kerana politik dan politik ini boleh pecah belahkan masyarakat kita di Sarawak,” tegasnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news