Janji 100 Hari Kerajaan PH Ditangguh Dahulu 0 5545

PUTRAJAYA – Kebimbangan rakyat me­ngenai Janji 100 Hari Pakatan Harapan (PH) tidak mampu direalisasikan semakin menjadi kenyataan apabila beberapa inisiatif yang dijanjikan ber­kemungkinan terpaksa dita­ngguhkan berikutan kekangan kewangan.

Meskipun 10 inisiatif berkenaan dijanjikan untuk tempoh 100 hari, namun pihak kerajaan memberi bayangan bahawa kemampuan kewangan negara yang terhimpit kerana hutang setinggi RM1 trilion perlu diberi perhatian.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif dalam Janji 100 Hari mereka sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Kata beliau, antara inisiatif yang akan ditangguhkan ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta di bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc.

Selain itu, beliau berkata, penangguhan berkenaan melibatkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.

“Walaupun kerajaan ingin me­laksanakan semua janji 100 hari itu, namun kerajaan juga mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.

“Kerajaan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji ma­nifesto apabila keadaan kewanngan mengizinkan,” katanya da­lam sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, selain mempunyai hutang yang tinggi, kerajaan juga akan kehilangan pendapatan sehingga RM21 bi­lion selepas melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar mulai esok.

Keadaan tersebut sudah tentu memburukkan lagi kedudukan kewangan negara kerana GST me­rupakan sistem kutipan cukai yang banyak membantu mengu­kuhkan kerajaan sebelum ini de­ngan kutipan melebihi RM40 bi­lion. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13494

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news