Jenazah Adib diterbangkan ke Kedah dengan helikopter 0 6814

KUALA LUMPUR – Jenazah arwah anggota bomba yang meninggal dunia akibat dipukul perusuh dalam kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada 27 November, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, akan dibawa pulang ke Kedah dengan menggunakan helikopter.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Hassan ‘As’ari Omar berkata, jenazah Adib akan dibawa ke Jabatan Unit Udara JBPM di Pangkalan Airod Sdn. Bhd. Lapangan Terbang Subang.

“Arwah akan diterbangkan dengan helikopter ke Kedah.

“Perjalanan tersebut dijangka mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum sampai ke destinasi untuk urusan pengebumian,” katanya kepada pemberita di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara di sini hari ini.

Hassan menambah, jenazah Adib dimandikan dan dikafankan terlebih dahulu sebelum dibawa ke Subang.

“Jenazahnya akan dikebumikan mengikut istiadat kebombaan.

“Beliau juga akan disolatkan sekali lagi di kampung halamannya sebelum dikebumikan,” ujarnya.

Difahamkan Adib akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Jenazah selesai dimandi dan dikafankan kira-kira pukul 5.50 pagi tadi dan disembahyangkan di pekarangan IPFN sebelum bergerak ke Subang pada pukul 7.18 pagi dengan van jenazah bomba. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news