Perokok perlu hisap rokok 3 meter dari premis apabila larangan dikuatkuasa 0 6890

KUALA LUMPUR: Perokok perlu menghisap rokok sekurang-kurangnya tiga meter daripada premis apabila larangan merokok di restoran dan kedai makan dikuatkuasakan bermula 1 Jan tahun depan atau dikenakan tindakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata penguatkuasaan peraturanitu bagaimana pun hanya melibatkan tindakan amaran dan pendidikan dalam enam bulan pertama pelaksanaannya nanti.

“Penguatkuasaan akan dilakukan penolong pegawai kesihatan persekitaran. Jadi di peringkat kementerian terdapat 5,008 orang yang mempunyai kuasa menguatkuasakan kawasan larangan merokok.

“Sebahagian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mempunyai pegawai kesihatan persekitaran yang boleh menjalankan penguatkuasaan,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam melaksanakan larangan ini pemilik premis perlu mempamerkan tanda kawasan larangan merokok dan tidak menyediakan kemudahan merokok termasuk bekas abu rokok kepada pelanggan.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 63 siri taklimat yang dihadiri lebih 3,000 wakil pengusaha restoran dan kedai makan telah dianjurkan bagi melaksanakan pewartaan premis mereka sebagai kawasan larangan merokok.

Beliau menjelaskan dalam taklimat itu, pihak pengusaha menyuarakan kebimbangan termasuk pelanggan yang enggan bekerjasama dalam pelaksanaan larangan dan cadangan memperkenalkan kawasan khas untuk merokok di dalam premis.

Beliau berkata pengusaha restoran boleh menghubungi ‘hotline’ kementerian 03-88924530 jika berhadapan dengan pelanggan yang enggan bekerjasama bagi membolehkan bantuan penguatkuasaan diberikan manakala kawasan khas untuk merokok di dalam premis pula bertentangan dengan larangan itu sendiri.

Beliau menambah vape dan shisha masihtertakluk di bawah larangan berkenaan kecuali pelanggan boleh membuktikan vape dan shisha itu tidak mengandungi nikotin. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news