Jenazah Yahya Ali dijangka tiba di Sibu jam 4 petang 0 7296

SIBU: Jenazah Yahya Ali, 24, seorang daripada enam anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di sebuah lombong di Puchong, Selangor malam tadi dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 4 petang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, jenazah akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Tian, Matu di Bahagian Mukah untuk disemadikan.

Berketurunan Melanau Islam, arwah yang masih bujang sudah berkhidmat selama empat tahun dan bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Tiga lagi rakan setugas mangsa dari balai terbabit yang terkorban dalam kejadian itu ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, manakala dua lagi mangsa ialah Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Mereka dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas akibat terbelit tali di dasar lombong akibat pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam.

Berita kejadian pada kira-kira jam 9.15 malam itu menarik perhatian ramai netizen di laman sosial Facebook di mana selain berkongsi kesedihan dan membacakan doa, mereka menggelarkan enam penyelam berkenaan sebagai wira negara. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news