Terkini: Enam pegawai bomba lemas dalam operasi SAR 0 6371

Enam pegawai bomba lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lombong di Taman Putra Perdana, Selangor hari ini.

Menurut jurucakap bomba, pegawai yang terlibat dalam operasi mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan kira-kira 7 malam tadi.

Enam mayat pegawai bomba berkenaan sudah ditemukan namun remaja berkenaan masih belum ditemui.

“Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa.

“Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan perubatan yang berada di lokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia,” katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, maklumat kejadian akan kemas kini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Bernama memetik Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Cyberjaya, Roslan Long yang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang selepas seorang daripada tiga remaja yang ingin memancing dikhuatiri lemas.

Lapan pegawai dan anggota dilaporkan tiba di lokasi 30 minit kemudian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news