Jika rezeki Sarawak bertambah, hasilnya kita kongsi bersama — Abang Johari 0 6039

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri kemungkinan memperkenalkan dasar sosial baharu tahun depan jika hasil pendapatan negeri ini bertambah.

“Saya sedang berfikir, kalau rezeki kita bertambah, saya akan umum dasar baharu sosial itu hujung tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran dan penyampaian Endowment Fund kepada 55 bayi yang lahir pada 1 hingga 7 Januari 2019.

Beliau berkata, penyampaian wang tabungan RM1,000 kepada setiap anak (bayi) Sarawak yang lahir mulai 1 Januari 2019 itu merupakan sebahagian dari dasar sosial baharu kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban ibu bapa.

Penyampaian wang tabungan RM1,000 itu, katanya merupakan satu dasar sosial baharu kerajaan negeri dan jika ada rezeki lebih mungkin merancang dasar sosial lebih baik untuk semua kaum di negeri ini.

Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri mampu melaksanakan dasar ini disebabkan pendapatan negeri meningkat apabila mula melaksanakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum mulai tahun ini dan hasilnya dikongsi bersama.

Menurut Abang Johari, beliau mendapat ilham untuk melaksanakan dasar ini setelah mendengar cerita penderitaan dialami pasangan suami isteri yang mempunyai anak-anak cemerlang dalam pendidikan tetapi tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi pada suatu ketika dahulu.

“Setelah menceritakan penderitaan itu kepada saya, saya berusaha mampu anak-anak cemerlang ini untuk membolehkan mereka masuk ke universiti. Hari ini, anak-anak yang dibantukan itu telah menjadi seorang yang berjaya. Inilah kisah sebenarnya dan saya percaya masih ramai anak-anak Sarawak yang ada bakat memerlukan bantuan,” tegas beliau.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam ucapan aluannya, berkata mulai 1 Januari sehingga petang 15 Januari 2019, terdapat 1,213 bayi baharu lahir didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negeri.

Bahagian Kuching mencatatkan jumlah kelahiran bayi baharu lahir paling ramai dengan 498 bayi diikuti Bahagian Sibu seramai 256 bayi dan pemberian wang tabungan RM1,000 kepada setiap bayi yang baharu lahir itu merupakan satu daripada 65 inisiatif Abang Johari setelah dua tahun memimpin Sarawak, katanya.

Selain memberi wang tabungan RM1,000 itu, beliau berkata, penganjur juga menyediakan cenderamata dan baucar kepada ibu bapa bayi berkenaan dan menambah, sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri mengambil berat terhadap kepentingan generasi akan datang. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news