Suri rumah dikejutkan remaja lelaki di sebalik tingkap di Miri 0 6455

MIRI: Seorang suri rumah dikejutkan dengan kehadiran seorang remaja lelaki yang cuba membuka tingkap dan mengintai ke dalam rumah dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Luak Esplande di sini, awal pagi semalam.

Menurut kenyataan daripada Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar jam 1.15 pagi.

“Wanita tersebut terus menjerit setelah melihat kelibat lelaki itu, namun beliau sempat bertanya tujuan suspek mengintai ke dalam rumah.

“Sebelum suspek melarikan diri, dia telah menanyakan tentang anak perempuan penghuni rumah tersebut,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut wanita tersebut, ini bukanlah kejadian kali pertama, malah remaja lelaki tersebut pernah dijumpai memanjat pagar rumahnya.
“Selain itu, wanita terbabit mendakwa sering kehilangan pakaian dalam,” jelasnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news