Jual keropok tepi jalan kini peroleh RM72,000 setahun di Lundu 0 5785

LUNDU: Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, mungkin itulah peribahasa Melayu yang boleh menggambarkan kecekalan usahawan Norhayati Abdullah, 54, dari Kampung Stunggang Melayu dekat sini merubah taraf kehidupan keluarga mereka.

Berbekalkan pengalaman dan duit simpanan hasil titik peluh ketika bekerja di kilang memproses keropok ikan, kini Norhayati boleh berbangga kerana memiliki syarikat dan bengkel memproses keropok ikan sendiri.

Penubuhan Syarikat Sri Gading Enterprise yang dimiliki beliau sendiri itu bukanlah semudah yang disangka untuk ditempuh tanpa keazaman yang tinggi serta usaha yang gigih.

Berpegang kepada pepatah Iban ‘Agi idup,Agi Ngelaban’ usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Samarahan ini terpaksa bersaing dengan saudara mara serta jiran-jiran kampung yang menjual produk sama dalam mempromosikan keropok ikan pada awal perniagaannya.

Dengan memperoleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan pada ketika itu serta memulakan perniagaan dengan menjual keropok ikan di tepi jalan berhampiran kediamannya serta di gerai-gerai sekitar Lundu menjadi titik tolak kejayaan kepada ibu lima anak dan isteri kepada Mohd Kamel Abdul Hamid itu.

Biarpun sibuk di bengkel perusahaan keropoknya, tetapi atas minat yang sangat mendalam dalam bidang perniagaan ini, Norhayati sanggup meluangkan masa untuk mengikuti kursus memproses makanan dan menghadiri kursus berkaitan usahawan anjuran beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Pertanian Sarawak, MARDI dan MARA bagi menambah ilmu perniagaannya.

Ibarat ‘Pucuk dicita, ulam mendatang’ isteri kepada pekebun kecil RISDA ini amat bersyukur dan berterima kasih kerana keperihatinan pihak RISDA yang telah memberikan bantuan di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) sebanyak RM10,000 bagi bantuan peralatan pada tahun 2010.

Dengan bantuan itu juga, perniagaan beliau telah berkembang hingga ke bahagian Miri. Malah ada pemborong yang sanggup menempuh perjalanan hampir 600 lebih kilometer setiap bulan untuk mendapatkan bekalan keropok hasil keluaran syarikat beliau.

Tanpa mengenal erti penat lelah dalam mempromosikan produk keluarannya, beliau juga sering menyertai karnival serta pesta-pesta yang diadakan di negeri Sarawak antaranya Karnival Usahawan Desa, Pesta Lundu, Pesta Sematan dan karnival-karnival yang lain.

Berkat doa dan sokongan yang berterusan daripada suami tercinta, Norhayati kini boleh tersenyum lega apabila perusahaan keropok beliau mampu menjana sekitar RM72,000 setahun dan telah menjadikan beliau antara usahawan keropok ikan yang terkenal di daerah Lundu hingga ke Kuching.

Kini, atas kerjasama suami dan anak-anak tersayang, beliau telah mempelbagaikan lagi keropok hasil keluarannya seperti keropok udang, keropok sotong, keropok ikan bilis dan keropok ubi kayu.

Tidak mustahil suatu hari nanti keropok hasil keluaran Syarikat Sri Gading Enterprise milik usahawan Norhayati ini akan melebarkan sayapnya ke seluruh Negeri Sarawak. –Sarawakvoice

Biodata Usahawan

Nama : Norhayati Binti Abdullah

Nama Syarikat : Sri Gading Enterprise

Alamat Perniagaan : Kampung Stunggang Melayu, Lundu

Nombor Telefon : 082-735572

Penerima Bantuan : Bantuan AET RISDA Tahun 2010

Produk : Keropok Ikan

Tahun Mula Projek : Tahun 1999

Nilai Jualan Tahunan : RM 72,000.00

Nilai Jualan Bulanan : RM 6000.00

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13422

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news