Jumlah ahli naik mendadak, PKR cabang Sarikei lapor SPRM 0 5781

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sarikei hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sibu berhubung peningkatan jumlah ahli yang mendadak di cabang Sarikei.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua PKR Cabang Sarikei Wong Ching Tung yang turut diiringi timbalannya Ngu Tieng Hai, Setiausaha PKR Cabang Sarikei Peter Kong dan Ketua Pemuda PKR Cabang Sarikei Yee Chin Kui.

Menurut Wong, mereka tidak membuat sebarang pengambilan ahli baru sejak dari tahun 2014 hingga 26 Jun 2018.

Bagaimanapun, jumlah ahli mereka tiba-tiba meningkat dengan mendadak daripada 346 kepada 1,397 orang, katanya.”Pada 27 Jun 2018, terdapat 1,051 ahli baru berdaftar dengan cabang Sarikei dimana ianya berlaku dalam masa satu hari sahaja.

“Oleh itu, pada pagi ini kita membuat laporan kepada pihak SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Katanya, semua ahli (1,051) berkenaan adalah dari Pakan iaitu terletak dalam kawasan (Parlimen) Julau.

Terdahulu, Wong membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Sarikei pada 26 Oktober lalu, sebelum membuat laporan kepada SPRM di Sibu hari ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news