Juragan tidak mengaku salah tawar rasuah RM1,400 kepada pegawai APMM di Kuching 0 5717

KUCHING: Seorang juragan kapal pagi ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan cuba menawarkan rasuah kepada pegawai pemerintah sebuah kapal milik agensi penguat kuasa di suatu lokasi, kira-kira 37 batu nautika dari Tanjong Po pada April tahun lalu.

Tertuduh Chieng Siew Hang, 36 tahun, memohon untuk dibicarakan dan Hakim Mahkamah Sesyen Nixon Kennedy Kumbong menetapkan 19 Mac depan untuk pendengaran semula kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh pada jam 7.10 malam, 11 April tahun lalu, didakwa menawarkan rasuah sebanyak RM1,400 kepada Mohamad Razif Zaidi, Pegawai Memerintah KM Semilang milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia agar tidak mengambil tindakan dan melepaskannya daripada kesalahan.

Tawaran itu berlaku ketika tertuduh berada di atas kapal KM Semilang, selepas kapal dagang Lipo Jaya II yang dikemudinya ditahan kerana melanggar peraturan Ordinan Kapal Perdagangan 1952 kerana gagal mengemukakan sijil pengurusan keselamatan dan belayar tanpa kehadiran Ketua Juruinjin.

Sehubungan itu, tertuduh dituduh di bawah Seksyen 17 (b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1)(a) dan (b) di bawah akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh berhadapan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10 ribu, bergantung kepada nilai mana yang lebih besar. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15156

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8386

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news