KPD Kuching jamin situasi terkawal, kes Ketua Bishop insiden terpencil 0 5650

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai menafikan wujudnya ‘serangan’ terhadap Ketua Bishop Roman Katolik, Simon Peter Poh di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuching semalam.

Sebaliknya menurutnya ia hanyalah insiden terpencil yang tidak sekali lun menggugat keselamatan Simon.

“Segelintir mereka ini dibuai emosi, yang membuktikan mereka tidak memahami isu yang dibentangkan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi pihak media semalam.

Simon menjadi tumpuan ratusan aktivis Islam sejurus keluar dari Kamar Mahkamah Persekutuan, selesai prosiding kes ‘permohonan mendengar kes keluar agama Islam’ oleh empat individu semalam.

Sejurus keluar, Simon melihat kelibat Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penerangan Islam, Zabariah Matali dan bercakap sebentar.

Di sebalik laungan ‘Allahuakbar” yang bersahut-sahutan di luar kamar, Simon berpeluk mesra dengan dua individu yang berjubah dan berserban putih sambil diiringi menuju ke luar bangunan mahkamah.

Beliau malah diiringi beberapa individu yang disahkan jurulatih kumpulan silat untuk mengelakkannya disentuh, dan ini dapat dilihat bagaimana dia “dilindungi”.

“Jelas bahawa semuanya dalam keadaan terkawal dan tiada pergeseran lanjut.

“Ia adalah perkara yang dijangka dalam kes-kes sebegini dan pihak kita telah membuat persediaan rapi,” kata Abang Ahmad lagi.

Simon sendiri memberitahu bahawa beliau “selamat” selepas diiring dan dikawal oleh kumpulan pemuda Islam, dan menyifatkan tindakan segelintir individu itu sebagai tidak perlu diingati.

” Di Sarawak, semua kita tanpa mengira kaum dan agama adalah sahabat dan saudara,” katanya lagi.

Abang Ahmad mengesahkan, tiada tangkapan direkodkan susulan insiden tersebut. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13437

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8134

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news