Jururawat rugi RM2,200 ditipu kenalan Instragram di Miri 0 6108

Miri: Seorang jururawat wanita di Miri kerugian RM4,200 ditipu lelaki dari Amerika Syarikat yang hanya dikenali melalui Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, wanita berusia 27 tahun itu mula mengenali lelaki warga Amerika yang memperkenalkan diri sebagai Jackson melalui Instagram awal bulan ini sebelum berhubung menerusi aplikasi Whatsapp.

“Lelaki itu dikatakan meminta pertolongan daripada wanita berkenaan untuk menyimpan wang miliknya sebanyak USD20,000, namun pada mulanya wanita itu enggan berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas dipujuk wanita itu akur dan berjanji untuk membantu lelaki berkenaan dan Ahad lepas lelaki itu menghubunginya untuk memberitahu wang sudahpun dikirim melalui seorang rakan bernama Michael.

“Lelaki berkenaan mendakwa wang itu ditahan Kastam di Kuala Lumpur dan untuk melepaskannya, wanita itu diminta memasukkan RM4,200 ke akaun sebuah syarikat,” katanya.

Beliau berkata selepas membuat pemindahan wang melalui talian (online) ke dua akaun, wanita itu baru menyedari yang ia adalah satu penipuan, dan membuat laporan polis semalam.

Untuk kes kedua membabitkan Parcel Scam, Mustafa Kamal berkata seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh am berusia 40 tahun di Bintulu kerugian RM2,950 ditipu oleh seorang wanita bernama Hanna M yang dikenali menerusi laman media sosial.

“Pada Isnin lepas lelaki itu diberitahu Hanna M mengirim IPhone 7plus, Samsung Tab, jam tangan, minyak wangi, bunga dan wang 10,000 Pound Sterling,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu menerima panggilan telefon semalam daripada seorang wanita bernama Syafiqah kononnya daripada pihak Kargo Subang Jaya, meminta lelaki berkenaan membayar RM2,950, kononnya bayaran cukai.

“Lelaki itu memasukkan RM2,950 ke satu akaun bank seperti yang diarahkan perempuan itu dan sekali lagi dia (kemudiannya) dihubungi oleh wanita sama meminta RM5,270 lagi,” katanya sambil menambah lelaki itu enggan berbuat demikian dan terus membuat laporan polis semalam.

— Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news