Najib kritik keputusan tutup 34 Klinik 1Malaysia atas alasan kos 0 6143

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengkritik keputusan kerajaan menutup 34 Klinik 1Malaysia atas alasan kos tidak efektif.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi kerana Klinik 1Malaysia bukannya perniagaan, sebaliknya perkhidmatan yang disediakan demi kebajikan serta keperluan rakyat.

“Mereka ingat ini bisnes atau apa? Kalau macam ini, saya amat risau dengan klinik bergerak, balai polis, balai bomba, lampu jalan dan perkhidmatan kerajaan lain, terutamanya di kawasan pedalaman.

“Semuanya tidak kos efektif. Buat apa kita nak buka lagi? Tutup sajalah semuanya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, susulan pengumuman Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berhubung 34 Klinik 1Malaysia yang kini dikenali sebagai Klinik Komuniti akan ditutup di peringkat permulaan.

Lee dilaporkan berkata, keputusan itu susulan program rasionalisasi Kementerian Kesihatan yang mendapati ia berdepan masalah kos tidak efektif.

Najib berkata, seluruh negara mempunyai kira-kira 246 Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan untuk memudahkan orang ramai mendapat rawatan perubatan asas dengan bayaran RM1.

“Kalau dulu, rakyat perlu berjalan jauh sampai ke klinik kesihatan atau hospital awam untuk dapatkan rawatan. Dengan Klinik 1Malaysia, kita bawa perkhidmatan yang asas lebih dekat kepada perumahan rakyat.

“Saya juga mempertimbangkan kos sara hidup rakyat pada masa itu dan tidak mahu rakyat terbeban dengan kos perubatan sektor swasta hanya untuk rawatan asas, ada yang mencecah hampir RM100.

“Salahkah apa yang saya buat dulu?” soalnya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, soal kos tidak efektif tidak patut berbangkit kerana kerajaan melalui Bajet 2019 memperuntukkan RM29 bilion bagi Kementerian Kesihatan – bajet tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Selain itu, katanya, kerajaan turut mendapat berbilion ringgit rizab tunai Petronas.

Bulan lalu, media melaporkan Petronas akan membayar tambahan RM30 bilion dalam bentuk dividen khas kepada kerajaan di bawah Bajet 2019.

Dividen khas RM30 bilion itu sebahagian daripada RM53 bilion yang Putrajaya minta daripada Petronas tahun depan dan ia akan digunakan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai dianggarkan RM37 bilion – RM18 bilion bagi cukai pendapatan dan RM19 bilion untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST). – Free Malaysia Today

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news