Kabinet lulus hutang RM1 bilion Sarawak digunakan untuk baik pulih sekolah daif 0 5909

KUCHING: Kabinet hari ini telah meluluskan dan bersetuju hutang RM1 bilion kerajaan Sarawak terhadap kerajaan persekutuan akan digunakan untuk baik pulih sekolah daif di negeri itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan ini adalah susulan daripada persetujuan antara beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika lawatannya ke Kuching pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, dengan kelulusan berkenaan, ia akan memberi manfaat kepada 436,000 murid di seluruh Sarawak.

“Kabinet juga telah bersetuju agar projek ini dipantau rapi untuk memastikan wang RM1 bilion yang akan digunakan nanti benar-benar digunakan secara efisien dan memberi manfaat kepada semua anak murid dan warga guru di sekolah yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas yang akan dianggotai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kewangan serta Kerajaan Negeri Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan tadbir urus yang bersih dan proses yang telus dapat dilaksanakan.

“Di peringkat perlaksanaan pula, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan ditugaskan sebagai agensi pelaksana,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news