Kabinet Sarawak Bersetuju Pinda Kanun Tanah Negeri 0 5625

KUCHING – Kabinet Sarawak bersetuju pindaan Kanun Tanah Negeri dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung Julai depan. 

Pindaan Kanun Tanah Negeri tersebut dijangka akan dapat menyelesaikan masalah Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seperti Pemakai Menoa dan Pulau Galau. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berkata, keputusan itu adalah hasil daripada mesyuarat kabinet negeri yang diadakan semalam. 

“Tiada banyak perkara dalam mesyuarat, ia cuma mesyuarat kabinet biasa. 

“Kecuali satu perkara iaitu kita akan membentangkan pindaan Kanun Tanah Negeri mengenai Pemakai Menoa dan Pulau Galau untuk dibentang pada Persidangan DUN Julai nanti,” katanya ketika ditanya selepas menghadiri Majlis Gawai Raya Jabatan Ketua Menteri 2018 yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, semalam. 

Terdahulu, dalam Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak 2018 lepas, Abang Zohari berkata beliau akan mengemukakan perkara itu untuk dibincangkan pada mesyuarat kabinet. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pulau Galau dan Pemakai Menoa Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang turut ditemui pada majlis yang sama berkata, beliau enggan mengulas lanjut sehingga rang undang-undang berkenaan dibentangkan. 

“Saya telah membentangkan draf cadangan rang undang-undang pindaan dan kabinet (semasa mesyuarat) bersetuju.

“Ia dijadualkan untuk dibentang pada Persidangan DUN akan datang… saya tidak dapat memberi butiran lanjut sehingga persidangan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan Kerajaan Negeri Sarawak yang mahu meminda Kanun Tanah Negeri berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata perkara itu masih sulit sehingga ia dibentangkan beliau pada persidangan nanti. 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14914

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news