KAMPAR – Pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah serta berstatus pemastautin tetap yang berusia 60 tahun ke atas adalah untuk semua kaum dan bangsa
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, pemberian tersebut bukan hanya untuk individu berketurunan India sahaja.
Katanya, sangkaan bahawa pemberian tersebut hanya untuk individu berketurunan India mungkin timbul kerana ramai yang berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu itu adalah Ahli-Ahli Parlimen berbangsa India.
“Semalam Kabinet telah menyatakan secara khusus ia untuk semua. Mungkin majoriti kes melibatkan satu kaum namun banyak juga orang Melayu, Cina, Kadazan and Iban memegang kad pengenalan merah,” katanya.
Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kaunter khidmat rakyat Kementerian Sumber Manusia di Pasar Awam di siniΒ hari ini. – Bernama