Kajian bebas Merdeka Center: Rakyat semakin tidak puas hati terhadap Kerajaan PH 0 5926

KUCHING: Kepuasan hati rakyat terhadap Kerajaan PH pada 11 Mac jatuh merudum kepada 39 peratus sahaja berbanding 79 peratus pada 31 Mei tahun lalu.

Tahap sokongan turun bulan demi bulan berdasarkan hasil kajian itu.

Ini berdasarkan hasil kaji selidik terbaru Merdeka Center yang dibuat pada 5-11 Mac lalu yang dikeluarkan semalam.

Merdeka Center ialah badan penyelidik bebas dan profesional di negara ini yang banyak menghasilkan dapatan kajian tepat tentang susu politik negara sebelum ini.

Tinjauan itu membabitkan 1,204 responden yang terdiri daripada 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, 7 peratus India, 6 peratus bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan dapatan kaji selidik ini juga, tahap kepuasan hati rakyat terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut jatuh kepada 46 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 31 Mei 2018.

Seperti tahap kepuasan rakyat terhadap PH pada keseluruhannya, tahap kepuasan terhadap prestasi PM juga turun bulan demi bulan.

Sokongan kepada PM berada pada paras 79 peratus pada 19 Julai 2018 dan terus turun kepada 58 peratus pada 29 Januari lalu.

Dr Mahathir dan PH perlu melakukan sesuatu perkara yang drastik bagi melonjakkan balik tahap kepuasan hati rakyat terhadap beliau selaku Perdana Menteri dan terhadap PH selaku Kerajaan Persekutuan

Merudumnya tahap sokongan dan kepuasan itu dipercayai berpunca daripada tiga faktor — situasi ekonomi semasa yang dialami rakyat, pencapaian pentadbiran PH dan kebimbangan terhadap hak dan keistimewaan Melayu serta layanan adil seperti yang dituntut kaum lain di negara ini.

Berdasarkan hasil kajian tersebut, 63 peratus daripada responden bersetuju bahawa isu ekonomi adalah paling banyak diperkatakan, diikuti kebimbangan terhadap isu perkauman. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13153

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12622

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news