Abang Johari: Sarawak lokasi menarik bikin filem 0 5870

KUCHING: Sarawak lokasi yang menarik dan sesuai untuk penggambaran filem.
Bukan hanya kerana komposisi etnik yang yang pelbagai, tetapi keunikan flora dan faunanya, selain tempat bersejarah yang banyak.

Justeru, Ketua Menteri berkata, pembikin filem antarabangsa perlu mempertimbangkan untuk membuat penggambaran filem di Sarawak.

“Kami terdiri daripada populasi yang mempunyai kepelbagaian etnik. Saya yakin dengan keunikan tersebut, ini yang anda cari untuk dipaparkan di babak-babak tertentu,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada paparan skrin semasa Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (Aiffa) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Slamet Rahardjo dijulang sebagai tokoh Pencapaian Seumur Hidup Aiffa, manakala Stevan Seagal menerima Anugerah Tersohor Aiffa.

Filem Terbaik dimenangi ‘Signal Rock’ (Filipina) manakala Pengarah Terbaik disandang Namron dari malaysia melalui filem ‘Crossroads One Two Jaga.’

Pelakon lelaki terbaik dimenangi Kristo dari Filipina, manakala pelakon wanita terbaik dimahkotakan kepada Raihaanun dari Indonesia. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13199

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12663

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news