Kalimantan, Sumatera masih jadi punca utama jerebu 0 6178

KUCHING: Jabatan Alam Sekitar menjelaskan secara keseluruhannya kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan di negara ini.

Katanya dalam satu kenyataan, ia memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia, bahagian Barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.

Ujarnya, berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) kelmarin imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, menunjukkan terdapat peningkatan titik panas di Sumatera iaitu sebanyak 676.

“Manakala titik panas di Kalimantan, Indonesia berkurangan kepada 332, dan 20 titik panas dikesan di dalam negara iaitu di Semenanjung Malaysia (9), Sarawak (7) dan Sabah (4),” katanya.

Media Indonesia melaporkan sejak Januari lalu lebih 300,000 hektar kawasan hutan di Indonesia terbakar.

Menurut JAS, Peta Jerebu Serantau dikeluarkan ASMC pada Sabtu pula menunjukkan kluster titik panas di Sumatera Tengah, Sumatera Selatan, Riau dan Jambi berterusan melepaskan asap jerebu sederhana hingga tebal.

“Asap jerebu dari Sumatera memberi kesan kepada hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia. Di Kalimantan, kluster titik panas di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan berterusan melepaskan asap jerebu dimana memberi kesan jerebu di Sarawak,” jelasnya. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13013

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news