Selain jerebu, beberapa kawasan di Sarawak kini dilanda masalah tiada air 0 6182

KUALA LUMPUR: Musim kemarau membawa pelbagai cerita. Tanpa hujan turun akhirnya jerebu muncul kemudiannya lebih perit penduduk kini dihimpit oleh masalah bekalan air bersih.

Terkini beberapa kawasan di negeri Sarawak berdepan masalah bekalan air bersih ekoran daripada loji air di kawasan terlibat mula kekurangan air dan ada yang sudah mulai kritikal.

Berikut adalah laporan rasmi terkini daripada pihak berkuasa bekalan air negeri Sarawak :

LAPORAN HARIAN JABATAN BEKALAN AIR LUAR BANDAR SARAWAK BERKENAAN KEADAAN TERKINI BEKALAN AIR DI SELURUH NEGERI SARAWAK

Tarikh : 21/09/2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam

Secara keseluruhannya, bekalan air di seluruh Sarawak masih dalam keadaan yang baik dan mampu menampung keperluan para pengguna. Hanya di beberapa bahagian, keadaan paras air di loji rawatan air adalah di tahap amaran ekoran musim cuaca kering dan panas yang masih berterusan di seluruh negeri Sarawak. Bagi Bahagian Sri Aman, hampir semua loji rawatan air adalah di tahap amaran walaupun berlaku peningkatan paras air mentah Sungai Undup di Loji Rawatan Air Bayai ke paras 2.9m pada pagi tadi ekoran hujan yang berlaku semalam. 5 pusat pengumpulan air berpusat terus beroperasi di Sri Aman. Pihak JBALB Bahagian Sri Aman akan menambah lagi beberapa pusat pengumpulan air yang baharu.

Manakala bagi Bahagian Betong, akibat Loji Rawatan Air Lichok terus berada pada tahap amaran, JBALB Bahagian Betong telah membuka 2 pusat pengumpulan air berpusat iaitu:

1- Kampung Darat Kabong (Berhadapan Masjid As-Sabirin)
2- Dewan Pasar Kabong (Berhadapan SJK(C) Chung Hua Kabong)

Manakala di Daerah Tatau, JBALB Bahagian Bintulu hari ini melakukan penghantaran air bersih ke 14 rumah panjang bermula dari Balai Bomba Tatau ke Rumah Sipok di sepanjang Jalan Bintulu-Tatau yang terjejas bekalan air ekoran keadaan Loji Rawatan Air Tatau yang berada pada paras amaran.

Bagi loji-loji lain yang berada pada paras amaran, pihak JBALB bahagian telah menghantar bekalan air menggunakan tanker ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Namun demikian, para pengguna tidak perlu risau, panik dan khuatir. Pihak JBALB Sarawak sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan krisis yang berlaku. Di bawah ini adalah keadaan di loji rawatan air di setiap bahagian:

Tahap Baik
-NIL-

Tahap Sederhana

1. KUCHING
2. SAMARAHAN
3. SERIAN
4. BETONG
5. SARIKEI
6. SIBU
7. KAPIT
8. MUKAH
9. BINTULU
10. MIRI
11. LAWAS

Tahap Amaran
1. Loji Rawatan Air Lundu (Kuching)

2. Loji Rawatan Air Sebangan (Samarahan)

3. Loji Rawatan Air Balai Ringin (Serian)

4. Loji Rawatan Air Bayai (Sri Aman)

5. Loji Rawatan Air Pantu (Sri Aman)

6. Loji Rawatan Air Stumbin/Seduku (Sri Aman)

7. Loji Rawatan Air Lingga (Sri Aman)

8. Loji Rawatan Air Skrang (Sri Aman)

9. Loji Rawatan Air Skim Pembangunan Lemanak (Sri Aman)

10. Loji Rawatan Air Engkelili (Sri Aman)

11. Loji Rawatan Air Lichok (Betong)

12. Loji Rawatan Air Selalang (Sarikei)

13. Loji Rawatan Air Penibong (Mukah)

14. Loji Rawatan Air Kampung Tian (Mukah)

15. Loji Rawatan Air Tatau (Bintulu)

Catuan Air (Masa air dilepaskan/beroperasi)

1. Loji Rawatan Air Engkelili
(i) 8.30am-10.00am
(ii)03.00pm-05.00pm

2. Loji Rawatan Air Lingga
(i)08.00am-10.00am
(ii)03.00pm-05.00pm

3. Loji Rawatan Air Stumbin & Seduku
(i)08.00am-10.00am
(ii)03.00pm-05.00pm

Penyimpanan Air (Pengeluaran air diminimakan)

1. Loji Rawatan Air Bayai
(i) Kawalan pengeluaran air untuk menyimpan takungan (reservoir) (12.00am – 4.00am)

Justeru itu, kami memohon kepada para pengguna yang berada di kawasan pada tahap amaran untuk menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat sepanjang musim cuaca panas dan kering ini.

Segala makluman terkini akan sentiasa dikemaskini kepada pengguna melalui laman rasmi Facebook JBALB Sarawak.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Ibu Pejabat JBALB Sarawak di talian 082-263078

Kerjasama dan kesabaran semua pihak adalah sangat kami hargai dan sanjungi.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan,
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news