Kami kelaparan, kami tidak terima bantuan, rintih mangsa banjir Selangau 0 5850

SELANGAU: “Kami terabai! Tanpa bantuan, tanpa makanan, tanpa penempatan teratur malah terdedah kepada bahaya penyakit,” itu luahan penghuni empat rumah panjang Selangau hari ini apabila kawasan kediaman mereka terus ditenggelami banjir.

Sebanyak 417 penduduk, yang menghuni 82 pintu ini terputus hubungan sejak hari pertama banjir, dan mereka sepi daripada khabar bantuan.

Rumah panjang terbabit ialah Rumah Bagul  dengan 12 pintu dan 75 penghuni;  Rumah Lium 15 pintu (87 penghuni); Rumah Chuat 30 pintu (135 penghuni) dan  Rumah Jampi 25 pintu (120 penghuni).

Atlas Uju, yang mewakili penduduk terjejas memberitahu, sejak hari pertama banjir hingga ke hari ini, mereka langsung tidak menerima sebarang bantuan makanan.

Atlas malah mengirim foto sebagai bukti betapa teruknya tragedi yang melanda mereka.

“Semua mangsa masih berada di rumah. Tiada jalan keluar walaupun rumah dinaiki air.

“Tiada penghuni menumpang di SK Iban Union yang terletak di kawasan yang agak tinggi kerana tiada bantuan yang datang,” katanya yang sebelum ini turut membawa keluarga pindah ke  sekolah berkenaan

Tanah dan jalan runtuh di kawasan tinggi katanya, menjadikan keadaan bertambah buruk.

“Jalan ke kawasan kami masih tenggelam. Jalan itu menambah sengsara kami yang tiada bantuan kemanusiaan, lojistik mahupun makanan.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri ketika dihubungi sebentar tadi, memaklumkan mereka ada menerima maklumat akan insiden tersebut.

“Kita telah mengerahkan bantuan segera, dan difahamkan kit bantuan makanan telah diterima mangsa pada lewat petang tadi,” kata jurucakapnya, Ismail Mahedin.

Jelasnya lagi, hasil lawatan segera Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke kawasan bencana di Selangau, empat bot milik Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam kini diatur gerak serta merta ke Selangau dari Kuching. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15432

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news