Kanada lapor kes pertama H1N2 pada manusia 0 5321

Kanada lapor kes pertama H1N2 pada manusia

MONTREAL: Pihak berkuasa kesihatan Kanada pada Rabu melaporkan kes pertama manusia dijangkiti virus H1N2, strain selesema babi yang jarang berlaku.

Kes yang dikesan di wilayah barat Alberta pada pertengahan Oktober disifatkan sebagai kes terpencil dan tiada peningkatan risiko kepada penduduk Alberta pada masa ini, kata pegawai kesihatan tempatan dalam satu kenyataan.

“Ini adalah satu-satunya kes influenza yang dilaporkan di Alberta pada musim selesema setakat ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan pesakit berkenaan mengalami gejala seperti influenza ringan, diuji dan kemudian cepat sembuh. Sehingga kini tiada bukti virus sudah tersebar luas.

Pegawai kesihatan Kanada giat meneliti sumber virus itu bagi memastikan ia tidak tersebar luas.

Sejak 2005, hanya 27 kes di seluruh dunia dilaporkan mengenai manusia yang dijangkiti H1N2 dan tiada kes dilaporkan di Kanada sebelum ini.

Strain H1N2 bukan penyakit yang berkaitan dengan makanan dan tidak boleh menjangkiti manusia dengan hanya memakan daging babi atau produk babi, kata pegawai.

“Ini adalah selesema yang jarang terjadi pada manusia, biasanya disebabkan oleh pendedahan kepada babi yang dijangkiti dan tidak diketahui sama ada mudah merebak daripada manusia kepada manusia,” menurut Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Theresa Tam di Twitter. – AFP – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13115

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news