Kanak-kanak mengadu sakit dubur diliwat remaja 0 6307

SERIAN: Trauma selepas diliwat remaja 14 tahun menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun bongkar insiden tersebut kepada ibunya semalam.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung, di sini ketika mangsa tiba-tiba dipanggil suspek untuk masuk ke dalam rumah keluarganya iaitu sekitar jam 10 pagi.

Mangsa yang turut mengenali suspek kemudian terus masuk ke dalam rumah tersebut tanpa mengesyaki apa-apa.

“Suspek memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa sehingga menyebabkan dia mengerang kesakitan,” kata sumber.

Mangsa kemudian dilepaskan suspek dan dia kemudian terus mengadu kepada ibunya kerana berasa sakit di duburnya.

Ibu mangsa yang terkejut dengan perkara tersebut kemudian terus melaporkannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis mengesahkan kejadian tersebut dan turut memberitahu suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut dan siasatan awal mendapati dia dan mangsa hanya kenalan serta tidak mempunyai hubungan persaudaraan.

“Didapati juga suspek berusia 14 tahun sudah tidak lagi bersekolah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan pemeriksaan.

Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan di luar tabii.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13191

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12654

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news