Lambang burung kenyalang dalam logo Kempen Melawat Malaysia 2020, penghormatan buat Sarawak 0 6226

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peletakan lambang burung kenyalang pada Logo Kempen Melawat Malaysia 2020 merupakan satu penghormatan kepada Sarawak.

“Kita berasa bangga kerana kerajaan Malaysia meletakkan lambang burung kenyalang dalam Logo Kempen Melawat Malaysia 2020, satu penghormatan kepada Sarawak.

“Ini kerana sedikit sebanyak orang akan tahu lambang Negeri Sarawak ialah burung kenyalang, sebut sahaja burung kenyalang orang secara tidak langsung ingat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidangan Orkid Asia Pasifik ke-13, 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Abdul Karim berkata demikian apabila diminta mengulas Logo Kempen Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

Logo baharu itu menggunakan burung kenyalang dan bunga raya dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga memberitahu Sarawak sedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan Kempen Melawat Malaysia 2020 berjaya.

“Sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, adalah patut dan perlu untuk kita (Sarawak) sentiasa memberi kerjasama kerana apabila kempen ini dilancarkan ia bukan hanya melibatkan Semenanjung Malaysia tetapi Sabah dan Sarawak.

“Sarawak berasa beruntung kerana kempen melawat Sarawak bermula tahun ini maknanya kempennya bersambung untuk setahun lagi untuk Kempen Melawat Malaysia 2020,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Karim berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memasukan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia dalam kempen promosinya di luar negara.

Langkah itu perlu katanya supaya Sarawak diketahui oleh pelancongan dari seluruh dunia.

“Kita juga berharap kerajaan pusat dapat menyelesaikan isu kesalinghubungan untuk merancakkan pembangunan sektor pelancongan di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Inilah masalah kita sekarang dan sudah tentu kita amat memerlukan bantuan kerajaan pusat untuk merealisasikan kesalinghubungan ini berjalan lancar,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13191

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12654

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news