Kanak-kanak terkunci dalam kereta berjaya diselamatkan di Sarikei 0 5855

Kanak-kanak terkunci dalam kereta diselamatkan

SARIKEI: Dua kanak-kanak terkunci dan terperangkap dalam sebuah kereta di Jalan Masjid Al-Mutaqqin di sini petang kelmarin berjaya diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Dalam situasi itu, anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Haron Jenai dengan bantuan orang awam berjaya membuka pintu kereta terbabit dalam tempoh 15 minit.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Salim Hussien berkata ketika kejadian terdapat dua kanak-kanak berusia satu tahun dan empat bulan dalam kereta terbabit.

“Kejadian ini berlaku sekitar jam 5.30 petang. Pintu berjaya dibuka dalam tempoh 15 minit dan mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

“Sebaik sahaja kedua-dua kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan mereka diserahkan kepada bapa mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news