Pelaksanaan gaji minimum ikut sektor bukan sekarang 0 5726

IPOH: Pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran (gambar).

Beliau berkata mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, kajian semula mengenai gaji minimum harus dilakukan setiap dua tahun.

“Banyak orang tidak faham tentang hal gaji, ia ditentukan oleh satu jawatankuasa (Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara), menteri tidak ada kuasa.

“Sebelum pelaksanaan gaji minimum RM1,100 semua aspek perbincangan sudah diadakan, tetapi mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ia akan dikaji semula dan pelaksanaannya bukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ‘Meet & Session’ di program Satria 4.0 & TVET Seminar 2019 di Institut Perindustrian Ipoh (ILP) Meru.

Isnin lepas, media melaporkan kerajaan akan mengkaji semula kadar gaji minimum mengikut sektor pekerjaan.

Dalam laporan itu, Kula Segaran dipetik sebagai mengambil contoh kadar gaji minimum di Sabah secara umumnya sebelum ini dinaikkan kepada RM1,100 daripada RM920 yang dilihat menimbulkan rungutan majikan di negeri itu.

Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata buat masa ini menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana majikan enggan atau membayar gaji kurang daripada RM1,100.

Pada program yang dihadiri lebih 300 pelajar itu, Kula Segaran menerangkan bahawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mempunyai peluang pekerjaan yang cerah pada masa hadapan termasuk dalam bidang perfileman.

“Sebelum ini saya telah berjumpa dengan pelakon terkenal filem Tamil dari India, Kamal Hassan yang menyatakan kepada saya bahawa India kurang mempunyai pekerja mahir teknikal dalam bidang perfileman.

“Dia menyatakan bahawa mungkin kita boleh mengadakan institusi teknikal untuk mengajar, supaya mereka (penggiat filem India) boleh membuat lebih banyak pengambaran filem di Malaysia,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news