Kanser bukan halangan untuk ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo – Chong Wei 0 5796

KUALA LUMPUR – Penyakit kanser dihidapi Datuk Lee Chong Wei bukan penghalang kepada jaguh badminton negara itu untuk meneruskan impiannya beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Setelah hampir empat bulan berehat selepas dikesan menghidap barah hidung tahap satu pada Julai lepas, Chong Wei tampil membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menggalas cabaran negara dalam misi meraih slot ke Sukan Olimpik yang bermula tahun depan.

Pemain berusia 36 tahun itu yang kelihatan sihat dan ceria berkata beliau lega apabila disahkan bebas kanser oleh doktor selepas menjalani 33 kali rawatan di Taiwan.

“Terima kasih kepada semua peminat, keluarga dan persatuan yang sentiasa mendoakan kesihatan saya serta memberi sokongan dan semangat terutamanya ketika saya menghadapi ujian paling sukar dalam hidup apabila menghidap kanser.

“Penyakit ini bukan masalah kecederaan fizikal biasa dilalui atlet lain tetapi ia melibatkan kesihatan dalaman yang sangat digeruni sesiapa sahaja didapati menghidap kanser. Seperti orang lain, saya juga berasa hilang semangat, tidak selera makan dan tidak boleh tidur apabila tahu ada kanser,” katanya pada sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Sepanjang 18 tahun penglibatan dalam arena badminton negara, ‘Hero Negara’ itu menempuh pelbagai dugaan dan cabaran antaranya apabila didapati positif doping jenis dexamethasone pada Oktober 2014, selain kecederaan fizikal yang pernah dialaminya.

Chong Wei menjadi tumpuan lensa media ketika tiba pada sidang media di Bukit Kiara hari ini. – Foto
Chong Wei menjadi tumpuan lensa media ketika tiba pada sidang media di Bukit Kiara hari ini. – Foto ABD RAZAK LATIF

Chong Wei berkata tiada istilah berputus asa dalam dirinya dan beliau sentiasa bersemangat mahu meneruskan kariernya dalam sukan badminton dan meraih kejayaan untuk negara.

“Saya akan kembali ke gelanggang sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada doktor, mungkin pada Disember. Sekarang pun saya tetap berlatih sendiri di rumah. Saya terlalu sayangkan sukan badminton tetapi kini kesihatan adalah keutamaan saya.

“Saya tidak mahu berhenti lagi. Pingat emas Sukan Olimpik sentiasa menjadi impian saya, buat apa bertanding di Sukan Olimpik kalau mahu kalah, semua orang idamkan pingat emas Olimpik,” katanya.

Menceritakan pengalaman menjalani rawatan selama lebih dua bulan di Taiwan melibatkan tujuh doktor, Chong Wei mengakui serangan kanser tersebut adalah detik paling sukar terjadi dalam hidupnya kerana ahli keluarga turut terkesan dengan keadaan beliau itu.

Chong Wei melahirkan rasa syukur kerana ahli keluarga termasuk anak-anaknya sentiasa di sisi memberi sokongan moral ketika beliau sedang bertarung melawan kanser dengan menjalani rawatan sebanyak 33 kali Terapi Proton yang mengambil masa 35 minit setiap rawatan.

“Saya mula membuat pemeriksaan selepas mengalami simpton susah bernafas dan keluar sedikit darah ketika batuk, apabila mengetahui positif kanser, saya menangis dan tidak mampu berfikir perkara lain, doktor di sini menasihatkan supaya membuat rawatan di Taiwan.

“Dua minggu pertama di Taiwan saya mampu menghadapi rawatan yang diberikan tetapi masuk minggu ketiga rawatan Terapi Proton semakin sukar buat diri saya…ia sangat menyakitkan anggota badan saya terutamanya pada mulut dan leher.

“Waktu ini saya tidak boleh bercakap, tidak boleh makan dan hanya boleh minum susu. Saya menangis setiap kali cuba menelan makanan, leher saya hitam disebabkan rawatan itu,” kata bekas pemain nombor satu dunia yang ditemani isteri, Datin Wong Mew Choo hari ini.

Beliau mula menyedari menghidap kanser pada Julai lepas dan dinasihatkan doktor supaya mengawal tekanan dan mendapatkan rehat yang cukup selain mengamalkan gaya pemakanan sihat.

Chong Wei yang kehilangan lima kilogram susulan rawatan itu menasihatkan kepada pesakit kanser lain supaya cekal dalam menghadapi rawatan dan tidak mudah berputus asa kerana kanser boleh dirawat dengan adanya teknologi perubatan semakin canggih.

Dalam pada itu, walaupun disahkan bebas kanser, Chong Wei perlu menjalani rawatan susulan di Taiwan setiap tiga bulan. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7581

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5232

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news