Kastam gempur ‘pusat’ operasi, rampasan dadah terbesar RM1.26 juta di Miri 0 6406

MIRI: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini berjaya menggempur sebuah rumah yang disyaki menjadi pusat operasi dan merampas dadah bernilai lebih RM1.26 juta, diyakini rampasan terbesar di Sarawak setakat ini.

Kejayaan itu adalah susulan daripada tindakan cekap bahagian Penguatkuasaan dan Cawangan Narkotik JKDM Sarawak yang mematahkan cubaan untuk menyeludup sejumlah besar dadah jenis pil ecstacy dengan mengunakan perkhidmatan kiriman cepat di Miri pada 6 Mei.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha yang mengesahkan tangkapan itu, berkata hasil maklumat dan risikan yang dilakukan, sepasukan anggota penguatkuasaan Miri dengan bantuan anggota Cawangan Narkotik JKDM Sarawak mengerakkan satu operasi bagi mengesan dan menahan pemilik bungkusan yang disyaki mengandungi dadah itu.

Katanya, pada pukul 9.45 pagi itu, seorang suspek lelaki berumur dalam lingkungan awal dua puluhan ditahan bersama satu bungkusan yang semasa hendak keluar kawasan di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke atas satu bungkusan yang diambil suspek dari pejabat itu, yang dicatatkan atas nama seorang wanita beralamat di Taman Desa Seri, Jalan Permaisuri, Pujut di sini, telah menjumpai sejumlah 24,594 biji pill estacy.

Pemeriksaan ke atas kenderaan yang digunakan suspek juga telah membawa kepada penemuan sebanyak 30 peket serbuk kristal yang disyaki ketamine seberat 26.88 gram.

“Kita berjaya menahan suspek bersama bungkusan dan sebuah kenderaan turut ditahan untuk siasatan selanjutnya.

“Anggaran nilai rampasan ialah berjumlah RM1,266,375.20,” katanya dalam kenyataan rasmi hari ini.

Sharifah Halimah berkata modus operandi yang digunakan bagi mengelirukan pihak berkuasa adalah dengan mengikrar dagangan pada nota konsignmen sebagai ‘coklat’ dan dialamatkan kepada seorang wanita.

“Hasil perisikan awal ke atas alamat rumah yang digunakan, kita mendapati rumah berkenaan didiami oleh ramai penghuni berpandukan kepada jumlah kenderaan yang berada di kawasan rumah tersebut.

“Keadaan rumah ini dikhuatiri dijadikan sebagai pusat pembungkusan bagi penjualan dan pengedaran dadah-dadah untuk seluruh Sarawak dan juga ke negara Brunei Darusalam,” katanya lagi.

Beliau berkata siasatan sedang diteruskan bagi mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam pengedaran tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan akan dihukum gantung sampai mati. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news