Tukang cuci ditipu Macau Scam, wang simpanan hampir RM40,000 lesap di Sibu 0 5849

SIBU: Seorang tukang cuci di sini kehilangan wang simpanan hampir RM40,000 selepas terpedaya dengan sindiket ‘Macau Scam’ pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, 43, telah menerima panggilan dari individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Ong’ dari Balai Polis Ipoh sekitar pukul 10 pagi.

“Pengadu telah dimaklumkan bahawa pengadu mempunyai sebuah kedai kopi di Ipoh dan mempunyai hutang GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang belum dijelaskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengadu juga dimaklumkan bahawa dokumen peribadinya kemungkinan telah digunakan oleh individu lain untuk membuka kedai tersebut.

“Pemanggil tersebut juga memaklumkan jika pengadu gagal menjelaskan hutang GST itu, pengadu akan dimasukkan ke dalam lokap selama 45 hari.

“Takut dan mempercayai kata-kata ‘Sarjan Ong’, pengadu telah memindahkan wang berjumlah RM24,440 menerusi enam transaksi ke sebuah akaun bank pada pukul 1.31 tengah hari pada yang sama,” katanya.

Stanley berkata, mangsa diarahkan sekali lagi untuk memindahkan wang berjumlah RM15,000 ke akaun bank lain melalui tiga transaksi kononnya untuk menjelaskan hutang GST tersebut.

“Pengadu juga dimaklumkan bahawa semua wang tersebut kononnya akan dipulangkan semula dalam tempoh dua jam jika pihak kerajaan mendapati pengadu tidak bersalah,” kata Stanley.

Bagaimanapun, selepas lebih dua jam kemudian, Sarjan Ong gagal dihubungi menyebabkan mangsa mula sedar dan rasa tertipu.

Stanley berkata, keseluruhan kerugian ditanggung oleh pengadu berjumlah RM39,440.

Katanya, suspek berjaya memperdayakan mangsa untuk menyelesaikan hutang GST yang tidak wujud.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambahnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news