Keajaiban atau sains jayakan misi menyelamat 0 3225

OPERASI mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam gua Tham Luang. – Foto AFP

CHIANG RAI: Unit SEAL Tentera Laut Thailand mengaku mereka tidak pasti sama ada keajaiban atau kemajuan sains yang bertanggungjawab di atas kejayaan menyelamatkan anggota pasukan bola sepak remaja negara itu dan jurulatih mereka semalam.

Semua 13 mangsa terperangkap di dalam gua Tham Luang yang dinaiki air selama lebih dua minggu sebelum berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam misi yang menjadi perhatian dunia.

“Kami tidak tahu ia keajaiban, sains atau apa. Semua 13 anggota pasukan Wild Boar berjaya keluar dari gua,” kata unit itu dalam laman Facebook.

Anggota pasukan berusia 11 hingga 16 tahun itu bersama-sama jurulatih mereka, terperangkap pada 23 Jun lalu ketika meneroka gua berkenaan di Chiang Rai selepas latihan sukan.

Hujan lebat kemudian menyebabkan terowong dalam gua itu banjir.

Penyelam Britain menemui mereka, yang kelaparan dan berkumpul dalam kegelapan di tebing berlumpur beberapa kilometer di dalam gua itu Isnin minggu lalu.

Selepas mencari jalan selama beberapa hari, operasi menyelamat dilancarkan Ahad lalu apabila empat daripada mereka berjaya dibawa keluar.

Empat lagi diselamatkan kelmarin manakala bakinya berjaya dikeluarkan semalam.

Kegembiraan itu disulami kesedihan dengan kematian seorang bekas penyelam tentera laut yang maut ketika dalam misi menyampaikan bekalan kepada mereka.

Lima mangsa terakhir dibawa keluar dari gua dengan pengusung, seorang demi seorang semalam, dan dibawa ke hospital dengan helikopter. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news