Zakir Naik ucap terima kasih kepada Dr M 0 3169

Pendakwah bebas Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, terutama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana membenarkannya terus berada di negara ini di sebalik tekanan beberapa pihak.

Beliau berkata, keputusan itu menguatkan kepercayaannya terhadap keadilan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan beliau merasa rendah diri kerana dapat menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya mengakui sensitiviti yang diperlukan (untuk berada di Malaysia). Saya tidak pernah berhasrat mengganggu atau mengancam keseimbangan ini walau dengan apa cara, atau melanggar undang-undang negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 6 Julai lalu, Mahathir berkata kerajaan tidak akan mengusir Zakir yang berstatus penduduk tetap – kini dikehendaki kerajaan India – selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Semalam, Mahathir juga berkata tidak akan tunduk kepada desakan pihak yang mahu kerajaan menghantarnya pulang ke India kerana ia memerlukan pertimbangan banyak faktor, termasuk undang-undang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Hassan berkata polis memantau Zakir bagi memastikan tindakan dan kegiatannya yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan negara diketahui mereka.

Dalam pada itu, Zakir sekali lagi menafikan ada membuat sesuatu yang “mencetuskan kenganasan dan kebencian” sepanjang 25 tahun sebagai pendakwah.

Mendakwa tuduhan itu dicetuskan golongan yang mahu menjejaskan imejnya, beliau berkata serangan itu biasanya dalam bentuk keratan rakaman dan imej serta kata-katanya yang diambil di luar konteks.

“Saya meminta sesiapa yang melihat bahan-bahan itu agar mengesahkannya dulu sebelum membuat kesimpulan,” katanya lagi.

Zakir didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram.

Kerajaan India telah membatalkan pasportnya setelah beliau tidak mengendahkan permintaan untuk hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India untuk membantu siasatan. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13517

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news