Kegiatan perjudian haram di Sarawak terus dibanteras 0 5899

KUCHING: Seramai 26 individu disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram diberkas dalam 21 serbuan yang dijalankan di seluruh Sarawak dalam tempoh 19 hingga 25 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai dalam satu kenyataan hari ini, berkata 13 daripada 21 serbuan yang dijalankan adalah ke atas aktiviti loteri haram (4D) manakala lapan lagi melibatkan perjudian dalam talian.

Mengikut pecahan katanya, polis membuat lima serbuan di Padawan dan Miri, Sibu (3), Kuching dan Serian (2) manakala Kota Samarahan, Maradong, Sarikei dan Sri Aman (1).

“Suspek-suspek yang ditangkap merangkumi 16 lelaki dan 10 wanita, berusia dalam lingkungan 18 hingga 64 tahun,” katanya sambil menambah polis turut merampas wang berjumlah RM,2843 dalam operasi membanteras kegiatan perjudian di Sarawak tersebut.

Sementara itu, Leong berkata kerjasama yang dijalankan dengan Sarawak Energy sejak 1 Ogos lalu turut melumpuhkan kegiatan di 256 premis yang didapati terlibat dengan aktiviti 4D haram dengan memutuskan bekalan elektrik.

Beliau pada masa sama menyarankan orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat mengenai kegiatan perjudian haram kepada talian penting JSJ 082 274213.

Pada 23 November lalu, Leong turut mempengerusikan perbincangan dengan Sports Toto Malaysia Sdn. Bhd. berhubung kaedah pemantauan serta mengekang kegiatan 4D haram.

“Selain bertukar idea, beberapa isu penting dibincangkan seperti langkah memantau aktiviti 4D haram, kaedah menyalurkan terus maklumat berhubung 4D haram, dan cara untuk memupuk hubungan kerja yang rapat,” katanya.

Perbincangan itu yang diadakan di ibu pejabat JSJ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sports Toto Bhd Nerin Tan, Timbalan Pengurus Besar (Operasi Jualan) Lee Suan Boon, Pengurus Kanan (Jualan dan Pentadbiran) R Jagadis Kumar dan Eksekutif Kanan Kawasan Jualan Helen Tan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12933

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news