Keistimewaan Kod K bagi Kad Pengenalan Warga Sarawak 0 6236

Jika anda warga Sarawak anda wajib baca dan share. kerana ini adalah “perkara” penting untuk rujukan semua warga Sarawak tidak kira suku, kaum dan etnik.

Seperti yang kita maklum generasi baru Sarawak sering berbangga dengan kod 13 atau kod 52 yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sarawak.

Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 13 atau kod 52 itu bermakna anda anak jati Sarawak. Realitinya kod 13 atau kod 52 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod “K”.

Kod K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod K kelihatan kecil.

Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 13 atau kod 52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod K, maka anda bukanlah anak jati Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H. Dengan Kod K bermakna Sarawak adalah sebuah wilayah atau negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk makluman lagi bukan semua orang yang dilahirkan di Sarawak diberi kod K. Kod K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sarawak dan jika seseorang itu lahir d sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod K

Untuk yang bukan di lahir di Sarawak atau lebih tepat lagi lahir di Semenanjung, dia boleh memohon kod K dengan syarat salah seorang ibu bapa mestilah warga Sarawak.

Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil endah kod K tersebut, tetapi harus diingat kod K adalah harta paling bernilai di Sarawak. Tanpa kod K anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak. Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen. Sekian terima kasih.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news