Kejadian bangkai ikan terapung di Sungai Sarawak disiasat 0 6395

KUCHING: Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca banyak bangkai ikan terapung di Sungai Sarawak di sekitar Tebingan Kuching di sini sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh ketika dihubungi pemberita, semalam.

Jelasnya, beliau telah meminta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Saya telah mengarahkan pihak NREB untuk menjalankan siasatan bagi mencari punca kematian ikan-ikan ini.

“Setakat ini, saya belum lagi menerima laporan daripada NREB,” katanya.

Sementara itu, Kontroler NREB Justine Jok Jau Emang mendedahkan, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Kita sedang menyiasat, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perkara ini,” katanya.

Tambahnya, siasatan yang dijalankan itu memerlukan masa bagi membolehkan analisis dilakukan untuk mengenal pasti sama ada sungai itu tercemar atau sebaliknya.

Sejumlah besar bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Sarawak di sekitar Tebingan Kuching di sini sejak beberapa hari lalu sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Malah, gambar-gambar yang menunjukkan bangkai ikan terapung di sungai berkenaan turut dikongsi dan ditular di laman sosial Facebook.

Namun, individu yang ditemui memaklumkan kejadian ikan mati itu telah berlaku sejak awal minggu lalu.

Menurut Faizak Keruak, 28, yang menjaga PNK Sri Muara Cruise di jeti di sini, bangkai-bangkai ikan boleh dilihat dengan jelas di sungai tersebut.

Dia terpaksa menggunakan kayu untuk membersih dan mengalihkan bangkai ikan di sekitar kawasannya.

Jelas Faizak, dia tidak mengetahui mengapa pihak berkuasa lambat untuk mengambil tindakan menangani perkara tersebut.

Masalah itu turut menjadi perbualan penduduk di sekitar sungai berkenaan dan mengadu kepada pihak bertanggungjawab agar mengatasinya dengan SEGERA – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news