Kekasih pertama dan terakhir Rosli Dhobi meninggal dunia 0 13289

Semalam 29 Ogos ada berita yang cukup menyedihkan berlaku apabila cinta pertama dan terakhir pejuang kemerdekaan Sarawak Rosli Dhobi iaitu Hajah Ani Ali telah kembali ke rahmatullah di Kampung halamanya di Sibu.

Berita tersebut telah membuat penulis bersedih, kerana penulis pernah membuat satu coretan khas di sosial media mengenai cinta mereka berdua yang dianggap cinta paling agung dalam sejarah Sarawak.Β  Berikut coretan khas yang ditulis oleh penulis

“Cinta Rosli Dhobi Kepada Ani Ali Cinta Sampai Mati”

Seperti yang kita ketahui Rosli Dhobi adalah Pejuang Kemerdekaan Sarawak. Pastinya ramai warga Sarawak yang tahu kisah perjuanganya yang telah mengheretnya ke tali gantung.

Namun disebalik suka dan duka perjuangan Rosli Dhobi, sebenarnya telah tersimpan kisah percintaan yang boleh dikatakan “Cinta Mati” yang sejati.

RosliΒ  Dhobi juga manusia biasa. Dia juga punya hati dan perasaan. Dia juga bisa jatuh cinta kepada gadis. Untuk makluman gadis yang dicintai oleh Rosli iaitu Ani Binti Ali yang kini dikenali sebagai Hajah Ani Ali adalah cinta pertama dan terakhir Rosli Dhobi.

Apa yang menariknya kisah percintaan mereka hanya diranumkan dengan surat dan jelingan. Walaupun demikian ia cukup bermakna sekali. Apa yang amat menyedihkan percintaan mereka tidak sampai ke penghujung, kerana Rosli Dhoby telah ditangkap dan dihukum gantung sampai mati.

Ani Ali yang ketika itu masih terlalu muda, tetap tabah menghadapi dugaan. Walaupun apa yang berlaku kepada Rosli, hatinya tetap hanya kepada Rosli. Inilah dikatakan cinta sejati kerana sehingga sekarang Ani tidak pernah berkawin walaupun sudah 66 tahun Rosli Dhobi meninggal dunia. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news