Najib mengadap polis sekali lagi esok 0 5769

Datuk Seri Najib Razak dijangka akan hadir sekali lagi untuk memberi keterangan kepada polis esok.

Menurut sumber bekas presiden Umno dan perdana menteri Malaysia itu akan datang ke Menara 238 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Ya beliau akan datang sekali lagi esok untuk menyambung siasatan pada Isnin lalu,” katanya.

Najib pada 27 Ogos lalu memberikan keterangan kepada Polis Diraja Malaysia mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam untuk memberikan keterangannya.

Sementara itu satu sumber yang dekat dengan Najib memberitahu, pada Isnin lalu polis menyoal siasat ketua Umno Pekan terbabit berhubung sejumlah transaksi kewangan melibatkannya.

Kata sumber itu antara transaksi ditanya pegawai penyiasat ialah yang berlaku seawal 2011.

“Ada soalan mengenai transaksi yang berlaku pada 2011.

“Mengapa polis mahu bertanya mengenai cek-cek yang ada kaitan dengan kejadian pada 2011? Semua itu tak ada kaitan dengan 1MDB,” katanya.

Apabila disemak semula kata sumber itu didapati sesetengah cek yang ditanyakan itu diberi kepada syarikat yang membekalkan khemah serta katering untuk majlis anjuran Umno di Pekan pada tahun berkenaan.

Awal bulan ini Najib didakwa atas tiga tuduhan mengubah wang haram mengikut Amla 2001, selain empat tuduhan pindaan lain.

Ia berkaitan dana berjumlah RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang ditemui dalam akaun persendiriannya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14929

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8362

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news