Kekayaan negara mesti diagih secara adil pada semua kaum 0 6210

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan kepentingan agar kekayaak negara diagihkan secara adil kepada semua kaum di negara ini.

Katanya jurang terlalu besar di antara kaya dan miskin dalam sesebuah negara biasanya akan berakhir dengan kekacauan atau rusuhan.

Justeru kata Mahathir kerajaan perlu memberi penekanan kepadausaha menangani masalah kemiskinan dalam kalangan semua kaum di negara ini.

“Kita kena ingat dan menjadi tugas kita untuk menentukan negara mengagihkan kekayaan secara sama rata. Jika tak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya hingga satu tahap yang boleh diterima semua masyarakat negara kita,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena perhimpunan bulanan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau hak sama rata tidak sepatutnya terhad kepada amalan mengundi atau memilih kerajaan semata-mata.

Sebaliknya kata Mahathir kesamarataan juga perlu diamalkan dalam menyediakan kehidupan rakyat yangn selesa, makmur dan tenang.

“Kita tak nak lihat negara kita nampak begitu kaya tetapi kekayaan tidak diagihkan secara adil kepada semua kaum.

“Inilah yang perlu kita pelajari daripada sejarah kita harap setiap orang sama ada pegawai kerajaan, ahli politik, pemimpin kerajaan faham sejarah kita supaya tak mengulangi kesalahan kita yang lama.

“Sebaliknya kita pastikan negara kita ini aman dan semua kaum dapat hidup bersama-sama tanpa rusuhan dan mendapat agihan kekayaan negara secara adil dan saksama,” katanya.

Kata Mahathir ada sesetengah orang sudah melupakan sejarah Malaysia yang pernah menyaksikan pelbagai kaum bersama-sama membina negara.

Katanya orang ramai perlu sedar sesiapa yang melupakan sejarah akhirnya akan dihukum dengan mengulangi kesalahan lampau berkali-kali.

Pada masa sama perdana menteri mengingatkan Malaysia sebuah negara yang bertuah kerana memperoleh kemerdekaan secara aman, tidak seperti sesetengah negara Afrika yang terpaksa berperang.

Di sesetengah negara kata Mahathir ada kaum tertentu menganggap diri mereka sebagai penduduk asal dan tidak berasa senang dengan kaum lain yang dianggap pendatang.

Akhirnya kata beliau kaum tertentu dalam negara terbabit dihalau keluar.

“Ini berlaku berlaku negara lain tetapi tidak di Malaysia, bahkan kerajaan bersetuju memberi hak kerakyatan kepada kaum-kaum lain.

“Usaha juga dibuat dalam kalangan parti politik bagi memastikan negara kita ditadbir dengan penyertaan semua kaum dan ia bermula pada waktu kita mencapai kemerdekaan,” katanya -Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news