Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati 0 6164

MIRI: Keluarga Bill Kayong, yang menjadi mangsa pembunuhan, menyuarakan kekecewaan mereka tentang cadangan untuk memansuhkan hukuman mati, terutama terhadap individu yang disabitkan kesalahan kerana membunuh.

Anggota Parlimen Miri daripada PKR Dr Michael Teo Yu Keng berkata keluarga Kayong menghantar mesej kepadanya bahawa mereka “tidak bersetuju” dengan cadangan itu kerana ia akan memberi isyarat silap seolah-olah membunuh bukan suatu kesalahan serius di negara ini.

“Mereka menghantar sendiri mesej itu kepada saya,” kata Dr Teo pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata hukuman mati perlu dikekalkan di negara ini bagi kes pembunuhan terancang untuk memberi peringatan secara tegas kepada mereka yang bercadang mengambil tindakan dengan menggunakan undang-undang sendiri.

Beliau mencadangkan agar Malaysia mencontohi undang-undang jenayah Singapura, terutama berkaitan hukuman mati.

Bill Kayong, yang menyandang jawatan setiausaha PKR Miri, maut akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya E-Mart di jalan pintas Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi 21 Jun 2016.

Pada 10 Ogos 2018, Mahkamah Tingggi Miri menjatuhi hukuman mati terhadap pengawal peribadi, Mohd Fitri Pauzi, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, apabila Hakim P. Ravinthran mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasbah.

Pada 16 Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dipetik sebagai berkata kerajaan akan memansuhkan hukuman mati, walaupun mendapat kritikan daripada keluarg.–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news