Kian ramai remaja ketagih minum air tuala wanita 0 6765

GLOBAL | Ada kegilaan baru dikesan di kalangan remaja yang mencari kepuasan di Jakarta dan bandar sekitarnya ketika ini.

Dengan matlamat mahukan nikmat mabuk atau khayal mereka tidak lagi memilih arak atau dadah, sebaliknya tuala wanita.

Caranya menurut laporan Tempo mereka merebus produk untuk alat sulit wanita itu dan meminum airnya.

Menurut Tempo penagih air rebusan tuala wanita itu dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang.

Memetik kenyataan pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia Sitty Hikmawatty portal itu melaporkan ‘idea’ mencari kepuasan daripada air rebusan tuala wanita itu berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja.

Hasil penemuan kesan air itulah katanya maka ia merebak kepada remaja lain.

“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka fly, tenang atau gembira,” katanya.

Awal tahun ini penyelidik di Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sempat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kegemaran baru remaja terbabit.

Namun bukan isu mabuk saja yang dibimbangi pihak berkuasa.

Dipercayai air rebusan itu mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada mata, atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke badan.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news