Kemasukan percuma kepada pelajar bagi saksikan Sarawak FA menentang Perth Glory FC 0 5786

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memberi kemasukan secara percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuching, Samarahan dan Serian untuk menonton perlawanan persahabatan di antara Sarawak FA menentang Perth Glory FC dari Australia dijadual berlangsung pada 11 Ogos ini.

Menurut Presiden FAS, Datuk Posa Majais pihaknya bersetuju tidak mengenakan tiket kepada dua kumpulan itu bagi memberi peluang kepada mereka menyaksikan perlawanan tersebut.

“Pihak sekolah bagaimanapun perlu memaklumkan kepada FAS terlebih dahulu sekiranya pelajar-pelajar mereka datang ke stadium dengan ditemani guru pengiring.

“Kita mahu memberi peluang kepada pelajar-pelajar menyaksikan perlawanan yang jarang diadakan ini dengan harapan dapat menjadi inspirasi kepada mereka agar dapat menjadi pemain bola sepak profesional suatu hari nanti,” katanya ditemui di sini semalam.

Menurut Posa, pihaknya mengekalkan caj tiket RM10 bagi tempat duduk terbuka dan RM15 bagi tempat berbumbung kepada orang awam manakala kanak-kanak percuma.

Katanya, penonton yang datang pada malam itu turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

“Saya harap peminat-peminat bola sepak tempatan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pemain profesional dari luar negara beraksi mempamerkan kemahiran mereka di sini,” jelas beliau.

Pada masa sama, FAS menggunakan perlawanan itu bagi menilai prestasi semua pemain untuk membentuk skuad baharu bagi menghadapi kempen musim depan.

Perlawanan tersebut bermula jam 8.15 malam di Stadium Negeri, Petra Jaya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15399

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news